loading...

KETAHUILAH BETAPA DAHSYATNYA AYAT 128-129 SURAH AT-TAUBAH JIKA DIAMALKAN. INSYA ALLAH



iklan responsive


Masyallah saya tidak tahu. Betul-betul saya tidak tahu. Umur saya telah hampir separuh abad namun baru sekarang baru saya tahu tentang kelebihan ayat-ayat 128-129 di dalam Surah At-Taubah.



Inilah rezeki yang Allah SWT beri kepada saya di saat-saat saya sunyi sendiri menghadapi kesukaran dan pancaroba hidup ini. Inilah buktiNya Dia masih bersama saya kerana di masa begini tiba-tiba saya terjumpa dan terbaca dengan tidak sengaja tentang kelebihannya.



Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat ini dengan seberapa ramai yang boleh.



Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah



– jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.



– jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.



– jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.



– jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.



– jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.



– jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.



– jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.



Untuk dipermudahkan hafazan:



Ayat 128



“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”



Ayat 129



“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”



Maksud ayat 128



Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.



Bahasa Inggeris



Surely, a Messenger has come unto you from among yourselves; grievous to him is that you should fall into trouble; he is ardently desirous of your welfare; and to the believers he is compassionate, merciful.



Maksud ayat 129



Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.



Bahasa Inggeris



But if they turn away, say, ‘Allah is sufficient for me. There is no God but He. In Him do I put my trust, and He is the Lord of the mighty Throne



Jadi kepada semua saudara-saudara ku yang sedang membaca, yang secara tidak sengaja terbaca akan tulisan saya di sini. Mungkin itu pun dengan kehendak Allah SWT juga. Amalkanlah. Tidak akan rugi apa pun malah dengan izinNya mungkin saudara dapat keluar dari apa sahaja permasalahan yang saudara hadapi. Ataupun mungkin apa yang dihajati akan ditunaikan olehNya.



Apa yang Allah tetapkan didalam hidup kita tidak ada yang sia-sia.Setiap masalah yang dihadapi percayalah ada hikmahnya sama ada Allah ingin membuka jalan-jalan baru untuk hidup yang lebih baik atau Allah ingin memberi suatu pengajaran kepada kamu. Nikmatilah proses hidup ini. Jangan selalu merungut dan menyesali hidup. Allah pasti akan membantu kamu. Semoga kita tidak menjadi putus asa.Terus berusaha dan ikhtiar dalam hidup.Semoga sahabat semua dikurniakan pahala dan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah. Amin.



Kongsikan. Semoga bermanfaat.



Sumber: Islamituindah.com.my

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "KETAHUILAH BETAPA DAHSYATNYA AYAT 128-129 SURAH AT-TAUBAH JIKA DIAMALKAN. INSYA ALLAH"

Post a Comment

loading...
'));