loading...

Apa Hukumnya Gantung Ayat Quran Di Dinding Untuk Dijadikan Perhiasan? Ini Jawapan Sebenar Ustaz



iklan responsive


Persoalan yang sering membelenggu ramai dari kita adalah ‘Bolehkah kita menggantungkan atau mempamerkan kalimah suci ini?  Apakah pula hukumnya?Jom dengar penjelasan terperinci daripada video   Ustaz Azhar Idrus agar terjawab keraguan anda selama ini.



Soalan;



Satu hari saya ke rumah salah seorang kawan saya dan saya dapati di dalam rumahnya begitu banyak hiasan-hiasan pada dinding rumahnya dengan ukiran kaligrafi ayat-ayat Al Qur’an. Mungkin ia menjadi kebiasan bagi kita tapi saya musykil dan ingin minta pendapat?



Jawapan;



Ada dua perbezaan dalam masalah ini;



Pertama; Menggantung ayat al-Quran di dinding untuk tujuan perhiasan, untuk peringatan dan sebagainya; ia diharuskan. Ayat al-Quran ditulis di dinding-dinding masjid (termasuk Masjidil-Haram) dan tidak ada ulamak melarangnya.



Malah di kain penutup Kaabah sendiri penuh dengan ayat-ayat al-Quran. Setakat ini kita tidak mendengar ada ulamak di dalam maupun di luar Arab Saudi membantahnya.



Kedua; Menggantung ayat al-Quran dengan niat sebagai tangkal, pendinding atau azimat; ini menjadi khilaf di kalangan ulamak.



Ada ulamak membenarkannya, namun jumhur ulamak hari ini melarangnya kerana ia termasuk dalam pengertian umum tangkal yang dilarang oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;



“Sesiapa menggantungkan tangkal, sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah” (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir r.a.).



Dalam masalah ini, pandangan jumhurlah yang perlu diambil sebagai pegangan kerana ia menepati saranan hadis Nabi s.a.w. dan menutup jalan yang mendorong kita kepada Syirik.







Selain menggantung, kita juga haruslah mengalunkan ayat-ayat suci atau lebih afdal membaca Al-Quran setiap hari kerana ini sangat dituntut di dalam agama Islam.  Amalan ini patut dipupuk oleh ibu bapa bermula dari rumah lagi agar menjadi hobi anak- anak muda dan generasi akan datang.







Sumber: karangkraf

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Apa Hukumnya Gantung Ayat Quran Di Dinding Untuk Dijadikan Perhiasan? Ini Jawapan Sebenar Ustaz"

Post a Comment

loading...
'));