loading...

Niat Puasa Ganti Cara Lafaz dan Syarat Sah Puasa Ganti..Kongsikan..



iklan responsive


Beberapa hari lagi maka menjelanglah bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam iaitu bulan Ramadhan yakni bulan umat Islam untuk berpuasa. Sebelum tibanya bulan tersebut, di dalam syariat Islam, bagi sesiapa yang telah meninggalkan puasa pada bulan ramadhan tahun sebelumnya, hendaklah menggantikanya sama ada dengan berpuasa atau bayaran denda yang ditetapkan mengikut jumlah hari yang ditinggalkan. Di sini, bagi memulakan langkah untuk menggantikan puasa, adalah dengan mengetahui niat puasa ganti tersebut. Ini bagi mereka yang ingin menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan cara berpuasa.

Niat Menggantikan Puasa (Qada).

niat ganti puasa

Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala

Ertinya:

“Sahaja aku puasa esok hari ganti fardhu Ramadhan kerana Allah taala”



Syarat Sah Ganti Puasa

Niat
Menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari fajar hinggan matahari terbenam.
Amalan Sunah Puasa

Bersahur
Memperbanyak amal ibadah sunah
Berbuka di awal waktu
Perlu difahami bahawa puasa merupakan ibadah wajib yang hanya boleh ditinggalkan sekiranya menghadapi keuzuran semasa bulan ramadhan. Bagi mereka yang telah meninggalkan puasa tanpa apa-apa sebab keuzuran seperti masalah kesihatan yang memudaratkan maka diwajibkan menggantikan puasa dengan puasa ganti (qada). Manakalah mereka yang telah meninggalkan puasa kerana keuzuran (jika puasa maka akan mendatangkan mudarat kesihatan) maka hendaklah menggantikannya dengan bayaran fidyah.

Firman ALLAH yang bermaksud : “(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin.

BERKAITAN: Hadis Sahih Puasa Hari Arafah

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Niat Puasa Ganti Cara Lafaz dan Syarat Sah Puasa Ganti..Kongsikan.."

Post a Comment

loading...
'));