loading...

Inilah Kesilapan Yang Sering Dilakukan Semasa Hari Raya Aidilfitri.



iklan responsive


gambar sekadar hiasan
1 Syawal adalah detik yang dinanti oleh seluruh umat Islam sebagai tanda kemenangan setelah sebulan menjalankan bulan ibadah ramadhan yang menguji ketahanan fizikal dan mental. Hari Raya Aidilfitri disambut gilang gemilang masyarakat Malaysia. Juadah, perhiasan, dan kenduri kendara sini sana meria sesama keluarga dan sahabat taulan. Dalam menyambut hari raya, mungkin kita perlu renungkan beberapa permasalahan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita. Inilah kesilapan yang sering dilakukan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Pakaian Wanita

Mengapa wanita sedangkan lelaki juga tidak kurangnya? Umum diketahui wanita sering menjadi perhatian dan itu menyebabkan agama memandang serius mengenai aspek pemakaian wanita khususnya dalam musim perayaan.
Kebiasaan dalam masyarakat kita, apabila tiba hari raya, maka di situlah segala penampilan menonjol dipamerkan. Apatah lagi apabila wanita berpakaian tidak sekadar dengan perhiasan yang menarik perhatian malah mengikut bentuk badan yang jelas mendedahkan aurat.
Ini sangat ditegah dalam agama namun ini jugalah yang sering dilakukan oleh masyarakat kita. Kononnya atas alasan perayaan sekali dalam setahun maka segala garis panduan agama diketepikan.
Sentuhan

Budaya masyarakat melayu tidak lari dari amalan bersalaman sama ada sesama keluarga mahupun tetamu. Namun sebagai muslin, kita seharusnya peka dengan batas sentuhan dengan orang lain.
Wanita tidak boleh bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahram dan begitulah sebaliknya. Ada yang memberi alasan kononya kawan rapat, sepupu, pakcik dan sebagainya. Semua ini tidak boleh dilihat dari segi aspek emosi semata-mata, melainkan dengan mengutamakan pandangan agama terlebih dahulu.
Diharap hari raya ini, para wanita di luar sana seharusnya lebih sensitif dengan isu ini. Di sinilah kita memulakan didikan kepada masyarakat mengenai cara hidup Islam yang sebenar.
Kubur

Meskipun tiada nas yang menunjukkan nabi menziarahi kubur pada hari raya dan tiada hadis yang melarangnya, maka ulama telah berpandangan harus untuk menziarahinya namun mestilah dengan adab yang betul dan tidak melampau.
Adalah tidak elok sekiranya menziarahi kubur itu sehingga berkumpul beramai-ramai mengakibatkan kubur orang lain dipijak atau menyandar binaan kubur orang lain semata-mata membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan. Sekiranya perkara ini berlaku, ia dialarang manurut mazhab Syafie sebagaimana dihuraikan oleh Imam Khatib As-Syarbini (Mughni al-Muhtaj, 1/354 Minhaj al-Tolobin).
Meninggalkan Solat

Ini sangat serius. Ibadah selama sebulan hanya menjadi sia-sia sekiranya ia tidak memberi sebarang keinsafan semasa hari raia. Bergembira sepanjang aidilfitri tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan solat. Ia adalah satu kelalaian yang serius dan berdosa.
Dosa Bertempoh

Apa yang dimaksudkan ialah maksiat yang tertangguh semasa bulan ramadhan dilakukan semula selepas bulan tersebut. Ini termasuklah menyambung balik permusuhan, atau kembali melakukan maksiat, berkata yang mendatangkan dosa, mengumpat, berbohong, chating yang mengundang syahwat, dan banyak lagi.
Mungkin inilah contoh kesilapan yang sering dilakukan semasa hari raya yang sangat ketara. Namun ada banyak lagi yang harus diperhatikan untuk dijadikan pengajaran agar kita tidak terjebak dalam perbuatan dosa. Cukuplah sekadar ini yang dikongsikan dan apa yang baik itu semuanya datang daripada Allah. Wallahualam.

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Inilah Kesilapan Yang Sering Dilakukan Semasa Hari Raya Aidilfitri."

Post a Comment

loading...
'));