loading...

Inilah Kelebihan Saf Paling Hadapan Yang Orang Ramai Selalu Tidak Ambil Tahu



iklan responsive


Pelbagai keutamaan yang sangat banyak telah ditetapkan akan kelebihan saf pertama/barisan hadapan dalam solat, antaranya:

a. MELAKUKAN UNDIAN ATAS SAF/BARISAN PERTAMA

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda : “Seandainya umat manusia mengetahui pahala yang terkandung pada SERUAN AZAN dan juga SAF PERTAMA, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali melalui undian, nescaya mereka akan berundi.” – Riwayat Bukhari dan Muslim

Sabda Rasulullah saw: “Seandainya kalian mengetahui atau mereka mengetahui apa yang terdapat pada BARISAN TERDEPAN (SAF PERTAMA), nescya akan diadakan undian.” – Riwayat Muslim

b. SAF PERTAMA SEPERTI SAF MALAIKAT

Telah ditegaskan bahawa SAF PERTAMA adalah seperti SAF MALAIKAT. Hal ini didasarkan kepada hadis Ubay bin Ka’ab r.a dari Nabi saw, bersabda:

“Sesungguhnya SAF PERTAMA sama seperti SAF MALAIKAT. Seandainya kalian mengetahui apa yang terdapat padanya (SAF PERTAMA), pasti kalian akan bergegas mengejar/merebutnya.” Riwayat Abi Daud

Dalam mensyarahkan sabda Rasulullah saw tentang “SAMA SEPERTI SAF MALAIKAT”, Syaikh Ahmad al-Bana menyatakan, iaitu “DALAM KEDEKATAN KEPADA ALLAH SWT, TURUNNYA RAHMAT DAN PENYEMPURNAANNYA.” Ini bermaksud, para Malaikat itu berbaris dalam beribadah kepada Allah swt.

Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah saw pernah keluar menemui kami lalu bersabda:

“Tidakkah kalian berbaris seperti para Malaikat berbaris di sisi Tuhannya? Kami bertanya” “Wahai Rasulullah saw, bagaimana para Malaikat itu berbaris di sisi Rabbnya ?” Rasulullah saw menjawab: “Menyempurnakan SAF PERTAMA, lalu mereka merapatkan diri dalam saf. – Riwayat Muslim

c. SAF PERTAMA SEBAIK-BAIK SAF

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:



“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang PALING PERTAMA dan seburuk-buruknya adalah yang PALING AKHIR. Sebaik-baik saf bagi perempuan adalah yang PALING AKHIR dan seburuk-buruknya adalah YANG PALING PERTAMA.” – Riwayat Muslim

PERBAHASAN:

Imam an-Nawawi rhm. menjelaskan, ada pun saf lelaki secara umumnya yang terbaik adalah urutan SAF PERTAMA untuk selamanya dan yang paling buruk adalah SAF TERAKHIR. Manakala sebaik-baik saf bagi perempuan adalah yang PALING AKHIR dan seburuk-buruknya adalah SAF PERTAMA. Tetapi yang dimaksudkan hadis ini DENGAN SAF PEREMPUAN adalah APABILA PEREMPUAN BERJEMAAH DENGAN LELAKI TANPA ADA HALANGAN ANTARA KEDUANYA (saling dapat melihat).

Sepakat para fuqaha bahawa saf yang utama bagi lelaki sama ada bersama mereka, kanak-kanak atau perempuan adalah SAF PERTAMA. Begitu juga bagi perempuan yang TIDAK BERSAMA mereka makmum lelaki atau berjemaah bersama dengan lelaki tetapi ADA penghalang atau tabir antara keduanya, maka yang utama bagi perempuan adalah SAF PERTAMA. Akan tetapi jika perempuan itu berjemaah bersama dengan lelaki TANPA penghalang atau tabir, maka yang lebih utama bagi perempuan adalah SAF TERAKHIR.

MAKSUD SEBAIK-BAIK SAF BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN adalah yang paling banyak mendapat pahala, mana kala SEBURUK-BURUK SAF BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN adalah yang paling sedikit mendapat pahala. KEUTAMAAN SAF AKHIR bagi wanita (berjemaah dengan lelaki tanpa penghalang/tabir) adalah untuk mengelak fitnah dari lelaki melihat mereka (wanita) serta tertarik hati kepada mereka ketika melihat gerakan, wajah, mendengar ucapan mereka dan sebagainya.

ALLAH SWT DAN PARA MALAIKAT-NYA BERSELAWAT ATAS SAF PERTAMA

SAF PERTAMA adalah yang paling banyak mendapat selawat. Ini disandarkan kepada hadis Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-NYA berselawat atas SAF PERTAMA. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah atas SAF KEDUA juga ? Baginda saw menjawab, “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-NYA berselawat atas SAF PERTAMA. Mereka bertanya lagi, Wahai Rasulullah, apakah atas SAF KEDUA juga ? Baginda menjawab, “Iya, pada barisan kedua juga.” – Riwayat Ahmad dan Ath-Thabrani

Dari Nu’man bin Basyir, dia bercerita, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah swt dan para Malaikat-NYA berselawat atas saf pertama atau beberapa saf pertama.” – Riwayat Ahmad

Manakala al-Bara’ bin Azib r.a bercerita dari Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-NYA berselawat atas saf-saf terdepan.” – Riwayat An-Nasa’i dan Ibnu Majah

NABI SAW BERSELAWAT ATAS SAF PERTAMA SEBANYAK 3 KALI SEDANGKAN ATAS SAF KE-2, SATU KALI SAHAJA

Perkara ini berdasarkan kepada hadis al-”Irbad bin Sariyah r.a bahawa Rasulullah saw berselawat atas SAF PERTAMA sebanyak 3 kali dan 1 kali atas saf kedua. Menurut Ibnu Majah bahawa Baginda Rasul saw memohon keampunan untuk saf pertama, 3 kali dan untuk saf kedua, sekali.

WALLAHU’ALAAM WALHAMDULILLAH

Setelah kita mengetahui dan memahami kelebihan-kelebihan SAF PERTAMA, marilah bersama mencapai keredhaan Allah dan berusahalah menempatkan diri di saf pertama dalam solat. Hanya kita yang membuat keputusan, MAHU atau TIDAK MAHU meraih sesuatu yang hebat buat bekalan hidup kita di akhirat. Aamiin.

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Inilah Kelebihan Saf Paling Hadapan Yang Orang Ramai Selalu Tidak Ambil Tahu"

Post a Comment

loading...
'));