loading...

Info Bermanfaat: Salah Faham Amalan Ziarah Kubur Pada Hari Raya..Rugi Tak Baca..



iklan responsive


gambar sekadar hiasan
Apabila sesuatu kebiasaan itu diamalkan dan ia dianggap seperti seruan agama sedangkan tidak seperti yang disangkakan, maka perlunya kita kembali semula kepada rujukan nas dan huraian para alim ulama mengenai amalan tersebut. Apabila tiba hari raya aidilfitri, usai solat sunat, masyarakat melayu biasanya akan ke perkuburan. Namun, wujud salah faham amalan ziarah kubur pada hari raya dan perlu dicerahkan agar masyarakat Islam tidak tersesat dari panduan sunnah yang sebenar.

Pertama sekali, tidak ada dalil yang membuktikan Rasulallah SAW akan menziarahi kubur khusus pada pagi hari raya seperti yang menjadi amalan kebiasaaan masyarakat melayu.

Kedua, tidak ada dalil yang melarang menziarahi kubur malah ada banyak dalil yang membolehkan ziarah kubur. Namun dalil-dalil yang adalah bukanlah khusus untuk pagi hari raya pertama sebagaimana yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita. Dalil tersebut adalah bersifat umum dan bukan khusus di pagi aidilfitri.

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: “adalah aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah” (Riwayat Muslim)

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya: “Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian”. (Riwayat Muslim)

Secara umumnya, dibolehkan menziarahi kubur tanpa mengira masa. Namun di sini, wujud perbahasan mengenai amalan menziarahi kubur pada hari raya.

Pandangan Pertama. Hukumnya makruh kerana tiada dalil yang menunjukkan amalan ziarah kubur pada hari raya yang ditunjukkan Rasulallah bahkan Baginda SAW melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.

Pandangan Kedua. Hukumnya harus kerana tiada perintah dan larangan yang khusus mengenai amalan ziarah kubur pada hari raya, di samping mengambil pendapat umum mengenai perintah ziarah kubur sebagaimana hadis Baginda SAW.

Kesimpulan.

Secara kesimpulanya, seiring dengan keserasian amalan masyarakat melayu, maka adalah sesuai untuk mengambil pandangan hukum harus kerana tiada perintah larangan mengenai ziarah kubur pada hari raya.

Namun, beberapa perkara yang harus diteliti kerana meskipun ia makruh atau harus, ada perkara yang menyebabkan ia menjadi haram.

Pertama, apabila wanita yang menziarahi kubur meratap dan tidak mampu menangani kesedihan.

لَعَنَ اللّهُ زَوَّارَاتِ الْقُبُوْرِ

Maksudnya: “Allah melaknat para wanita yang sering mendatangi kubur”.

Hadis ini dikeluarkan semasa di Mekkah. Namun kemudianya Rasulallah SAW memperboleh sebagaimana hadis:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: “adalah aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah” (Riwayat Muslim)

Apa yang difokuskan adalah kesan ke atas wanita apabila menziarahi kubur iaitu meraung, tidak dapat mengawal diri, atau membuka aurat semasa menziarahi kubur seperti amalan jahiliyyah dahulu. Namun setelah kedatangan Islam dan panduan agama yang mengisi kefahaman dan iman kepada muslim, Rasulallah SAW memperboleh menziarahi kubur.

Kedua, apabila melibatkan adab seperti menziarahi beramai-ramai di satu kuburan sehingga memijak kuburan orang lain. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

Begitulah sedikit sebanyak penjelasan ringkas tentang amalan menziarahi kubur. Tidak menjadi kesalahan di sisi agama mengenai amalan tersebut sama ada pada hari raya atau pada masa yang lain selama mana kita tidak menganggap ia wajib pada hari tertentu. Malah itu lebih baik kerana dapat mengingati kematian. Namun mengkhususkan amalan ziarah kubur hanya di hari raya (pagi raya) sahaja merupakan bidaah kerana tiada sumber dalam sunnah Baginda SAW. Salah faham amalan ziarah kubur pada hari raya wajar diperbetulkan agar kita tetap berada di landasan agama Baginda SAW. Wallahualam.

Sumber:

Fatwa

UZAR

AlManhaj

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Info Bermanfaat: Salah Faham Amalan Ziarah Kubur Pada Hari Raya..Rugi Tak Baca.."

Post a Comment

loading...
'));