loading...

Info Akhirat : 7 JENIS JAMBATAN DALAM TITIAN SIRAT PERLU ANDA KETAHUI.



iklan responsive


Antara perkara yang mesti diimani oleh setiap orang mukmin adalah mengenai "Sirat" atau titian yang merentangi neraka jahannam menuju ke syurga.

Tiada seorang pun yang terkecuali daripada melalui titian tersebut, iaitu sebuah jambatan yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan tidak ada seorang daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan".
(Maryam: 71).

Ayat tersebut dengan jelas mengatakan bahawa setiap orang mesti mendekati neraka, maksudnya melintasi titian yang merentangi neraka jahannam, sama ada para Rasul, Nabi-nabi dan juga umat manusia biasa.

Kejayaan meniti jambatan tersebut bererti kejayaan yang paling agung untuk menusia menuju destinasi terakhir iaitu syurga.

Manusia akan terpegun dan gementar apabila berdepan dengan titian yang amat luar biasa itu. Secara zahirnya, tidak ada orang yang mampu menyeberangi sebuah jambatan yang begitu halus serta amat tajam pula, ditambah pula bahang api neraka yang begitu panas.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim (jatuh) dalam neraka dalam keadaan berlutut".
(Maryam: 72).



Orang yang selamat menyeberangi titian tersebut bukanlah atas kebijaksanaan mereka, tetapi Allah S.W.T. yang menyelamatkan mereka berasaskan keimanan dan ketakwaan mereka.

Tidak akan lalu seseorang di atas "Sirat" kecuali mereka akan menghadapi 7 sekatan dan setiap sekatan ada soalan-soalan dan pemeriksaan yang terpaksa dilalui oleh manusia.

Sekatan 1

Manusia akan diperiksa mengenai Syahadah mereka. Adakah mereka beriman dengan Allah S.W.T. dan Rasul-Nya sebagaimana dalam ucapan Syahadah mereka.

Sekatan 2

Manusia akan diperiksa tentang solat mereka. Sekiranya solat mereka dilaksanakan dengan sempurna mengikut rukun dan syarat-syaratnya serta khusyuk hati mereka mengingati Allah S.W.T. tanpa lalai dan sebagainya, maka mereka dibenarkan meneruskan perjalanan.

Sekatan 3

Diperiksa ibadah puasa. Mereka akan dibenarkan meneruskan perjalanan hanya setelah didapati ibadah puasanya memenuhi syarat rukun serta tidak dirosakkan dengan perkara yang membatalkan atau merosakkan pahala puasa.

Sekatan 4

Diperiksa mengenai amal zakat. Adakah mereka mengeluarkan zakat apabila mereka mempunyai harta yang wajib dikeluarkan zakatnya. Jika lulus, mereka dibenarkan meneruskan perjalanan.

Sekatan 5

Diperiksa mengenai ibadah Haji. Sekiranya mereka mempunyai wang yang mencukupi dan syarat-syarat lain dapat dipenuhi tetapi mereka masih juga menangguhkan pemergian untuk menunaikan ibadah haji, nescaya akan menjadi halangan ketika berada pada sekatan yang kelima.

Sekatan 6

Diperiksa mengenai ibadah wuduk dan juga mandi wajib. Wuduk merupakan satu kaedah untuk menyucikan hadas kecil untuk membolehkan seseorang itu menunaikan solat. Soal mandi wajib juga menjadi syarat utama seseorang untuk melakukan ibadah kerana orang yang dalam hadas besar tidak boleh melakukan solat, membaca Al-Quran dan sebagainya.

Sekatan 7

Sekatan terakhir akan dihadapkan dengan soalan dan pemeriksaan yang paling berat, iaitu akan ditanya sama ada mereka ada melakukan kezaliman terhadap sesama manusia.

Sekiranya pemeriksaan pada sekatan ketujuh ini gagal dilalui, alangkah malang nasib seseorang iaitu apabila segala-galanya musnah di peringkat akhir. Walaupun 6 daripada sekatan itu telah berjaya dilalui, tetapi terhalang ketika kedudukan syurga telah hampir dicapainya.

Tidak ada orang yang boleh menyembunyikan kezaliman yang dilakukan terhadap seseorang lain kerana semua anggota badan akan membuat pengakuan terbuka.

Dengan itu, lidah menjadi kelu dan tidak mungkin boleh berdusta untuk menyembunyikan kezaliman yang telah dilakukan oleh mereka.

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Info Akhirat : 7 JENIS JAMBATAN DALAM TITIAN SIRAT PERLU ANDA KETAHUI."

Post a Comment

loading...
'));