loading...

LAKUKAN 10 PERKARA INI SEBELUM SESEORANG ITU MENINGGAL DUNIA, JANGAN LUPA!



iklan responsive


Selagi kita masih hidup, jangan terus lupa untuk melakukan pelbagai amalan yang disuruh oleh Allah. Ini adalah untuk menambah pahala berganda sebagai bekalan di akhirat kelak.

Seperti juga yang dilakukan oleh Imam Shafie sebelum meninggal, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.


Beliau menyebut bahawa barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara dan jangan dilupa:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH SWT.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH SWT, membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibu bapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH SWT, sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU.”


3 Perkara Yang Dibawa Selepas Mati



Semua org akn mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

1. Sedekah Jariah



Pada 23 Julai 2010, Jumaat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyampaikan satu khutbah berkenaan sedekah dan sumbangan yang x memutuskan amalan kita. Kata beliau, sedekah atau sumbangan yang mendorong kearah kebaikan tidak akan memutuskan amalan kita malah menambahnya. Contoh sumbangan tersebut ialah sumbangan pembinaan masjid. Walaupun pemberi sedekah telah meninggal dunia, tetapi drpd sedekahnya td, sebuah masjid dpt dibina. Dan masjid itu digunakan untuk membuat sesuatu kebaikan. Maka si pemberi hadiah turut mendapat pahala sebagaimana dia[ orang yg menggunakan masjid ] membuat kebajikan. Dan mengapa Allah menjanjikan sedemikian? Kerana x ramai org yg sanggup membelanjakan harta ke jalan Allah. Disebabkan harta, manusia sanggup berkelahi. Disebabkan harta, manusia sanggup membunuh sesama manusia. Dan disebabkan harta, manusia sanggup memutuskan hubungan sesama Islam.

2. Ilmu yang Bermanfaat



Ilmu mempunyai banyak jenis. Contohnya ilmu dunia, ilmu akhirat dan ilmu hitam. Tapi yang x memutuskan amalan kita ialah ilmu yang memberi kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Ilmu seperti ini apabila diamal oleh orang yang masih hidup [ orang yang dididik oleh kita ] untuk kebaikan, kita pun sama mendapat pahala tersebut. Itulah yang dapat menyelamatkan kita di dalam kubur. Contohnya membaca al- Quran. Apabila kita mengajar seseorang itu membaca al – Quran, dan disebabkan apa yang di ajarkan itu membolehkan dia[ orang yang belajar ] membaca al-Quran dgn betul serta dapat bersolat, maka pahala kita sama seperti dia walaupun kita hanya mengajarnya membaca surah al-Fatihah dan dia mendalami ilmu – ilmu tersebut dgn org lain.

3. Doa Anak – anak Soleh



Didikan agama sejak anak – anak masih kecil perlu bg menjadikan mereka( anak – anak) menjadi anak yg soleh. Kita dpt melihat betapa anak – anak sekarang menjadi rosak gara – gara masalah sosial. Gejala sosial semakin menjadi – jadi. Pembuangan bayi sering menjadi perhatian akhbar – akhbar tempatan malah indeksnya juga semakin meningkat saban tahun. Di bandar – bandar besar, anak – anak gadis yang mendakwa dirinya Islam sudah tidak mengambil berat tentang aurat. Mereka membuka aurat mereka di khalayak ramai sehingga menjolok mata lelaki – lelaki. X cukup dgr perbuatan itu, mereka membonceng motorsikal bersama teman lelaki mereka smbil berpeluk – pelukan. Lagak mereka sama seperti org kafir yg menolak Islam. Adakah anak – anak seperti ini yang Allah mendengar doanya??Dan siapakah yang bertanggungjawab terhadap mereka??Jawapannya sangat mudah. IBUBAPA lah yg bertanggungjawab terhadap apa yg dilakukan oleh anak – anak mereka. Dgn memberi didikan awal terhadap anak – anak, mereka akan menjadi org yg soleh dan seterusnya mendoakan kesejahteraan kita sama ada kita masih hidup atau pun telah pergi meninggalkan dunia kerana Allah mendengar setiap doa anak yg soleh

TINGGALKAN KOMEN

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "LAKUKAN 10 PERKARA INI SEBELUM SESEORANG ITU MENINGGAL DUNIA, JANGAN LUPA!"

Post a Comment

loading...
'));