loading...

GEMPAR!!! Makhluk Yg Menghuni Bumi Sebelum Adam Menurut Al Quran Yg Ramai Tak Tahu!



iklan responsive


Bumi tempat kita berpijak usianya sudah milion tahun. Sebelum akhirnya diduduki manusia pertama yakni Adam, bumi menurut ahli tafsir sudah dihuni oleh beberapa makhluk sebelum Adam. Berkenaan dengan penciptaan Adam, kebanyakkan ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Surga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi setelah memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan bermulalah sejarah manusia.


Brueghel the elder, Jan; The Garden of Eden with the Temptation in the Background; Paintings Collection; http://www.artuk.org/artworks/the-garden-of-eden-with-the-temptation-in-the-background-30901
Manurut ahli tafsir pada saat bumi berumur lapan ribu tahun, keadaanya masih kosong.Di sini sudah terdapat banyak biji sawi putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar.

Allah SWT berfirman kepada-Nya : Hai unggas tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan kumatikan.

Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja.

Oleh kerana begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati.
Setelah kematian tersebut, Allah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, iaitu tujuh puluh orang lelaki. Namun tidak semuanya diciptakan sekaligus, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka diciptakan yang lain.
Masing-masing dari mereka berumur 70.000 tahun. Konon, setahun pada masa itu sama dengan seribu tahun pada masa sekarang. Apabila telah mati tujuh puluh lelaki itu, kemudian Allah ciptakan Jin.

Allah berfirman ” Dia menciptakan jin dari nyala api.” ( Q.S. 55 : 1 )
Sebagian dari jin-jin itu ada yang berkaki empat,berkaki dua, dan ada yang terbang. Kemudian Allah SWT mengutus salah seorang di antara mereka yang bernama Yusuf untuk memberikan pengajaran ilmu dan syariat agama.

Namun, jin-jin itu banyak yang mendustakan ajaran-ajaran tersebut yang menyebabkan Allah SWT mematikan semuanya. Penghuni bumi berikutnya adalah suatu makhluk yang berpasangan. Rupanya seperti binatang. Keluar dari dalam neraka.

Binatang itu pun beranak, dan anaknya dinamakan dengan AZAZIL. Setelah cukup besar, Azazil mulai melakukan peribadatan kepada Allah SWT seribu tahun lamanya. Setelah itu, Allah SWT mengangkatnya ke langit pertama.

Selama seribu tahun, di sini pun ia tekun beribadah. Allah SWT menganugerahkannya sayap yang terbuat dari manikan yang hijau. Dengan izin-Nya maka terbanglah ia ke langit kedua.
Seribu tahun lamanya pula ia beribadah. Demikianlah, pada tiap-tiap lapisan langit ia beribadah selama seribu tahun lamanya, hingga ke lapisan langit ketujuh.

Sementara itu, di bumi saat itu sudah ada penghuni lainnya, iaitu dari bangsa jin yang bernama JANNA. 70000 tahun lamanya hingga lahir anak cucunya. Kata ahli tafsir yang lain, lapan belas ribu tahun mendiami bumi yang kemudian menjadi sombong dan kufur.

Allah SWT pun mematikan Janna. Sebagai gantinya adalah yang bernama BANUNAL JANNA. Ia mendiami bumi selama lapan belas ribu tahun lamanya. Ia juga dimatikan oleh Allah SWT.
Sementara itu, di atas langit sana, Azazil bersama para Malaikat masih khusyuk beribadah. Azazil menjadi penghulu para malaikat selama tujuh ribu tahun lamanya dalam beribadah. Hingga pada satu waktu, Azazil mengajukan suatu permohonan kepada Allah SWT, katanya :

Ya tuhanku,tujuh ribu tahun hamba-Mu ini berbuat kebaikan pada-Mu dalam tujuh lapis langit ini. Jikalau dianugerahkan oleh-Mu, hamba-Mu mohon hendak turun ke bawah ke langit keenam,berbuat kebaikan kepada-Mu.
Pergilah engkau ! tegas Allah SWT.

Turunlah Azazil atau iblis itu bersama tujuh ratus Malaikat pengiringnya ke langit keenam. Setelah merasa cukup, ia pun memohon izin lagi kepada Allah SWT agar diturunkan ke langit kelima. Di langit kelima pun ia memohon diturunkan ke langit yang di bawahnya, dan demikian seterusnya hingga sampai mereka di langit dunia.

Di langit dunia, Azazil atau iblis mengajukan suatu permohonan pula: Ya Tuhanku, hambamu hendak memohon turun ke bumi dengan para malaikat. Bahawasanya hamba-Mu hendak beribadah kepadamu di bumi itu.

Ya Tuhanku, betapa Bananul Janna telah banyak berbuat kerosakan di muka bumi. Anugerahkanlah atas hamba-Mu ini bersama para malaikat berbuat kebaikan ke hadirat-Mu di muka bumi itu.
Allah SWT pun mengabulkan permohonan Azazil itu. Diturunkanlah ia bersama tujuh ratus Malaikat yang mengiringnya untuk beribadah di muka bumi, setelah sebelumnya Banunal Janna dimatikan kerana banyak berbuat kerosakan.

Setelah lapan ribu tahun lamanya beribadah, Iblis mencuba mengemukakan ungkapan hatinya bahwa di muka bumi inilah ia begitu serasi dan selesa, dan tidak ada tempat lain yang membuatnya demikian serasi.

Dan memohon agar selamanya ia berada di muka bumi untuk berbakti kepada Allah SWT. Sampai pada satu waktu, Allah SWT berkehendak menurunkan suatu keterangan kepada Azazil.
Firmannya : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.(Q.S. 2: 30).

Mendengar firman tersebut, Iblis menjadi berduka, disebabkan dengkinya. Mereka (para Malaikat ) pun bertanya kepada Allah SWT mengenai siapa yang akan menjadi khalifah itu.

Adam namanya, jawab Allah SWT. Mereka berkata ,Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau.

Allah SWT berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang engkau tidak ketahui.(Q.S. 2 :30)



TAHUKAH ANDA, SIAPA PENDUDUK BUMI SEBELUM ADAM ?

KENALI MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGHUNI DAN MELATA DISELURUH PLANET BUMI SEBELUM ERA ANAK-ANAK ADAM BERKUASA..



Djinn ialah makhluk Allah yang mendiami bumi jauh lebih lama sebelum penciptaan Al-Insan ADAM. Terdapat beberapa bangsa dari kalangan Djinn yang disebut dalam Kitab Al-Quran, Injil dan Taurat. Antara yang kerap disebut dan terkenal dikalangan manusia dari tiga Clan (Ifrit, Marid & Nasnas) yang pernah berkhidmat dibawah kerajaan Agung Raja Sulaiman.Selebihnya dari bangsa-bangsa primitif yang mendiami dan melata seluruh pelusuk bumi sebelum Khalifah Khalifah Anak Adam mendominasi Dunia.
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”
(Surah Al-Jinn 72 : ayat 6)

`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.” (Surah Al-Jinn 72 : ayat 8)

10 KETURUNAN BUKAN MANUSIA YANG MENGHUNI BUMI SEBELUM ADAM!

‘IFRIT

Antara bangsa yang agak rapat dengan Manusia. Makhluk Djinn paling berpengaruh, Mahir dalam Ilmu Arkitektur, sering terlibat dalam membantu pembinaan Monumen Gergasi Tamadun Manusia. Bangsa Bengis dan Bertubuh berapi. Terlibat dalam membantu Kerajaan Nabi Sulaiman.

MARID

Bangsa paling bertamadun. Memiliki raut seiras Manusia. Hebat dalam Ilmu Sihir dan Magis.Ada dikalangan mereka yang berpengaruh diangkat sebagai Dewa dalam tamadun Purba Manusia. Sering diseru untuk membantu Maharaja2 dan Pawang manusia

NASNAS

Bangsa ketiga terbesar. Mendiami dasar laut terdalam. Bertubuh separuh Djinn separuh hidupan marin. Sering menjauhi hidupan darat terutama semenjak kemunculan anak-anak Adam. Menyerang kapal-kapal yang melalui kawasan nya.

GHUL

Berkemampuan merubah rupa bentuk (shape-shifting) menjadi apa saja. Kerap memperdaya kumpulan Pengembara manusia. Makhluk Primitif pemakan Bangkai dan Mayat. Menghuni dikaki Bukit, Kawasan Gurun dan Hutan-Hutan Tebal.

HINN

Mempunyai fizikal besar dan bersayap. Kehidupan sangat misteri dan sangat sedikit jumlahnnya, hidup dalam kelompok Kecil jauh dari kumpulan-kumpulan lain. Antara yang terawal mendiami bumi.

JANN

Makhluk Gergasi dan bersayap. Mampu menyemburkan api. Musuh kepada Bangsa Hinn. Mengawal dan menjaga sumber emas dibumi. Antara yang terawal mendiami bumi

PALIS

Hidup secara bersendirian. Tinggal didalam sarang-sarang yang dibina dicelah bukit dan hutan. Menyerang haiwan-haiwan, menghisap darah manusia. Hanya bergerak diwaktu malam dan tidak gemar pada cahaya.

SHAITAN

Kumpulan Rebel pemberontak dari kalangan Ifrit. Sangat menyanjung Lucifer/Iblis
Selepas mendapat berita tersingkirnya, Lucifer dihalau kebumi semula. Mereka membentuk sebuah bala tentera dibawah arahan Lucifer

SHIQQ

Bangsa yang memiliki fizikal sangat besar
Digelar Rakshasha oleh sesetengah tempat
Gemar melakukan kerosakan. Sangat digeruni oleh bangsa-bangsa lain.

SI’LAT

Makhluk Yang hidup diudara, juga mampu bertukar wajah dan menyamar sebagai manusia, sering menonjolkan diri seperti pusaran angin. Tinggal kawasan pergunungan tinggi dan diatas awan. Musuh kepada makhluk Ghul.

SESUNGGUHNYA MEREKA HANYALAH SEBAHAGIAN PENGHUNI BUMI YANG DICIPTA ALLAH DAN SESUNGGUH NYA MANUSIA ADALAH SEINDAH MAKHLUK CIPTAAN ALLAH YANG SEMPURNA…

WALLAHUALAM..

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "GEMPAR!!! Makhluk Yg Menghuni Bumi Sebelum Adam Menurut Al Quran Yg Ramai Tak Tahu!"

Post a Comment

loading...
'));