loading...

DOA HILANGKAN MENGANTUK KETIKA MEMANDU DAN AMALAN MENCEGAH DARI BERLAKUNYA KEMALANGAN “SEBARKAN KEPADA RAKAN DAN KELUARGA ANDA UNTUK MANFAAT BERSAMA“!



iklan responsive


 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Doa Hilang Mengantuk Masa Driving | Hari ni dah mula sibuk dijalankan… Ramai perantau kota akan pulang ke desa untuk bertemu sanak saudara berhari raya…

Perjalanan di waktu berpuasa tak kira siang atau malam pasti akan mengundang rasa mengantuk dan letih… Namun begitu, al-Quran ada penawarnya…

Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi…

” LA TAKKHUZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)


Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

SELAMAT BERAMAL !! SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN  ANDA UNTUK MANAFAAT BERSAMA .



Sumber: Kartel Dakwah







.

Amalkan Dua Ayat Ini, InsyaAllah Wajah Anda Akan Berseri-Seri, Manis Dipandang dan Disayangi Orang.



Keistimewaan dan manfaat dua ayat Surah Yusuf dan Taha. Al-Qur’an merupakan salah satu anugerah dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya. Selain menjadi pedoman hidup, amat banyak manfaat dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-Qur’an untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan

Memandangkan amat banyak persoalan berkaitan permasalahan jodoh dan perhubungan sama ada hubungan di antara ibu bapa, suami isteri atau teman-teman, makanya ana ingin berkongsi kepada antum semua dua ayat yang amat bermanfaat.

Surah Yusuf Ayat 4

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Bermaksud:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

Kelebihan surah Yusuf ayat 4, ianya bagus diamalkan jika kita sentiasa perlu berjumpa orang atas urusan kerja. Khasiat ayat ini :

1 – Manis dipandang orang.

2 – Wajah menjadi berseri-seri.

3 – Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.

Kemudian Sambung Surah Taha Ayat 39

“Wa-alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii”

Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.



Cara mengamalkannya :

#Baca Kedua-dua potongan surah yusuf ayat 4 dan surah Taha ayat 39.

#Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda.

#Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh.

#Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf. Paling mudah sebelum baca ayat, mulakan dengan bacaan ta’awwuz (A’uzubillahi Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu.

Semoga Bermanfaat. Wallahualam.







Sumber: Kartel Dakwah


ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "DOA HILANGKAN MENGANTUK KETIKA MEMANDU DAN AMALAN MENCEGAH DARI BERLAKUNYA KEMALANGAN “SEBARKAN KEPADA RAKAN DAN KELUARGA ANDA UNTUK MANFAAT BERSAMA“!"

Post a Comment

loading...
'));