loading...

Perubahan Warna Kuku Tanda Penyakit



iklan responsive


Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan,rekahan atau titik putih kecil perlu diberi perhatian. Perubahan kuku berkaitan tanda penyakit ialah :
1. KEBIRUAN pada pangkal kuku menandakan kitaran darah tidak lengkap dan ini berkaitan dengan masalah jantung.
2. Hujung kuku berwarna MERAH MUDA atau COKLAT. Ini berkaitan dengan masalah ginjal.
3. Kuku yang kelihatan KUSAM dan ada kerutan melintang menandakan kekurangan nutrisi.
4. GARIS-GARIS yang berganda pada kuku menandakan masalah darah tinggi.
5. Jika kuku lambat tumbuh, tebal, keras dan KEKUNINGAN, itu tandanya ada gangguan pada paru-paru atau hati.
Jika anda ada simptom seperti yang di atas, dapatkan rawatan doktor dengan segera.




Manfaat Kopi Untuk Kecantikan

kopiSelain buah-buahan dan sayur-sayuran, salah satu bahan yang kurang diketahui orang untuk mendapatkan wajah yang cerah, cantik serta berseri adalah kopi.

Selain sebagai minuman, kopi turut memberi manfaat kepada kecantikan kulit dan rambut.

Mencerahkan wajah

Kandungan antioksida dalam kopi dipercayai dapat mencerahkan kulit yang kusam akibat terdedah dengan sinaran matahari. Anda boleh menjadikan serbuk kopi sebagai skrub muka dengan mengadun tiga sudu kopi bersama tiga sudu garam. Setelah airnya kering, anda boleh menjadikannya sebagai skrub atau topeng muka.

Menghaluskan kulit

Kopi juga bermanfaat untuk menjadikan kulit lebih halus, lembut serta jauh daripada masalah kulit kering ataupun kulit kasar.

Campurkan tiga hingga empat sudu kopi, dua sudu garam, minyak zaitun atau minyak kelapa, setengah sudu teh gula serta sebuk teh. Gaulkan rata dan gunakan sebagai topeng muka atau lulur sebelum mandi. Untuk hasil maksimum, amalkannya selama dua kali seminggu.

Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata

Kandungan kafein yang tinggi dalam kopi dipercayai mampu mengatasi masalah lingkaran gelap bawah mata. Selain amalkan pengambilan minuman kopi tiga kali seminggu, anda juga boleh melumur bawah mata anda dengan serbuk kopi.

Rambut lebih berkilau

Warna coklat asli daripada kopi boleh menjadikan rambut semakin menawan. Jika rambut kusam dan kering, kopi juga memiliki manfaat luar biasa untuk rambut lebih berkilau dan bersinar.

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Perubahan Warna Kuku Tanda Penyakit"

Post a Comment

loading...
'));