loading...

Doa dan Amalan Bagi Memagari Rumah Anda. Ini Doa Dan Caranya..



iklan responsive


Semasa musim cuti / hujung minggu , ramai dari kita yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama anggota keluarga. Apa yang menjadi kebimbangan ialah rumah yang ditinggal lama tanpa sebarang pengawasan. Disini admin kongsikan beberapa Doa dan Amalan sebagai salah satu usaha kita untuk memagari rumah.

# 1. Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut :

Mengucap dua kalimah syahadah (1 kali)
Selawat ke atas nabi (2 kali)
Ayat kursi (1 kali)
Baca ayat 9 dari Surah Yasin (1 kali)



“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Maksud ayat:

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

# 2. Baca ayat kursi ketika hendak tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan melindungi kita dari gangguan syaitan sampai pagi.

# 3. Berwudhu sebelum tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan mengirim malaikat untuk menjaga kita selama kita tidur.

# 4. Jangan letak gambar makhluk hidup dalam rumah, kerana malaikat tak akan masuk rumah yang ada gambar makhluk hidupnya. Jika malaikat tak masuk, siapa yang akan melindungi rumah kita?

# 5. Amalkan baca Surah-Al Baqarah. Antara kelebihan surah al-Baqarah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Rumah yang di bacakan surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan”

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Doa dan Amalan Bagi Memagari Rumah Anda. Ini Doa Dan Caranya.."

Post a Comment

loading...
'));