loading...

‘Walau seksi, saya dah khatam Quran 15 kali’ – Nana . Renungan Bersama!



iklan responsive


KUALA LUMPUR — Pengacara Nana Al Haleq menerima pelbagai tohmahan termasuk pegangan agama dipertikai semata-mata kerana berpakaian seksi.

“Sebagai manusia, saya ada juga ‘search’ nama di Google dan tidak sangka, ada yang menanyakan sama ada saya Islam dan sebagainya.

“Tidak semestinya dengan berpakaian seksi, sikap saya juga buruk. Siapa tahu saya sudah khatam al-Quran sebanyak 15 kali?” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Nana, 33 tahun, memulakan kerjaya sebagai jurulatih dan penasihat kecergasan, kian popular sejak mengendalikan program siaran NTV7.

Menganggap aktiviti membentuk tubuh berotot sebagai “kerja seni”, anak jati Kuala Lumpur itu dilaporkan menjadi inspirasi ramai.





Sumber:terengganutimes

S3ksi Bukan Bermakna Jahat..” – Nana Al Haleq

Bermula dengan kerjaya sebagai jurulatih dan penasihat kecergasan, wajah Nana Al Haleq kini semakin mendapat tempat di kaca televisyen tempatan.

Terbaru, Nana, 33, diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara mengendalikan program siaran NTV7.

Anak jati Kuala Lumpur ini mengakui, biarpun rutin kesihatannya dijadikan inspirasi oleh ramai orang, dirinya tidak terkecuali berdepan pelbagai tohmahan, termasuk daripada mereka mempertikaikan pegangan agamanya kerana menggayakan pakaian s3ksi.

“Sebagai manusia, saya ada juga “search” nama di Google dan tidak sangka, ada yang menanyakan sama ada saya Islam dan sebagainya. Sukar juga untuk menerimanya pada peringkat awal, namun memilih untuk tidak mengendahkan perkara yang dirasakan tak memberikan manfaat kepada saya.
“Misi saya adalah untuk menyebarkan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak semestinya dengan berpakaian s3ksi, sikap saya juga buruk. Siapa tahu saya sudah khatam al-Quran sebanyak 15 kali?” katanya.
Menyentuh pembabitannya dalam bidang pengacaraan, wanita ini mengaku beliau perlu mengatur jadual kerja dengan lebih sempurna.

“Saya mencuba sebaik mungkin untuk menyusun jadual, bersama tanggungjawab baharu sebagai pengacara. Tidak salah rasanya saya memberikan peluang kepada diri sendiri untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Paling tidak, saya berani keluar daripada zon selesa,” katanya kepada BH Online.
Sementara itu, menyifatkan aktiviti membentuk susuk badan berotot seperti ‘kerja seni’, Nana berkata, hingga ke hari ini, beliau seronok untuk berbuat demikian selain menjalani serta menyebarkan amalan kehidupan sihat.

Foto terkini Nana Al Haleq



Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : BeritaHarian

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "‘Walau seksi, saya dah khatam Quran 15 kali’ – Nana . Renungan Bersama!"

Post a Comment

loading...
'));