loading...

Ini Bukti Pintu Rezeki Itu Luas Terbuka Disebabkan 2 Rakaat Dhuha



iklan responsive


Kisah yang sangat menakjubkan buat diri aku. Aku selalu dengar orang cakap, “Solatlah Dhuha, rezeki Allah akan mudahkan”. Bila bukak Facebook, Instagram, semua kongsi jangan lupa Dhuha. Aku bukan tak pernah buat, pernah je. Cuma bukan setiap hari lah buat. Dalam sebulan tu boleh kira pakai jari sajalah berapa kali aku solat Dhuha.

Ada satu hari ni, aku nak cuba solat Dhuha dan nak cuba rasai sendiri apa kehebatannnya. Bukan nak cabar Allah, tapi nak tahu kemanisan dan ajaibnya. Aku pon solat lah dan sepanjang aku solat dua rakaat tu hati aku memang aku niat nak rezeki dari Allah, khusyuk juga lah aku solat tu sebab target aku yang tu je.

Aku solat 2 rakaat je. Sebab baru nak belajar-belajar, berjinak buat perkara sunnah. Lepas solat alhamdulillah aku rasa hari aku mudah dan tenang. Tapi tu aku tak rasa lagi kehebatannya, sehinggalah waktu malam. Malam tu aku rasa lapar sangat. Cafe dah tutup, yelah mahallah perempuan tutup awal kan (ye, aku sister UIA). Aku pun tengoklah stok makanan aku, tapi tak ada apa-apa. Sedih gila.

Aku rasa nak mengamuk sebab lapar sangat. Aku tak boleh lapar-lapar ni. Tiba-tiba alhamdulillah, kawan aku bagi mesej yang dia ada makanan lebih, dan tanya yang aku nak ke makanan tu? Lepas tu aku terus jawab nak sebab lapar. Masa tu aku tak fikir apa-apa sangat sebab lapar. Masa tengah makan tu tiba-tiba ada sesuatu terlintas difikiranku.

“Kuasa Dhuha”.

Aku terus meleleh air mata. Aku cepat-cepat sujud syukur dekat Allah. Allahu akbar. Betapa hebatnya Dhuha ni kawan-kawan.

Aku menyeru semua solat lah sunat Dhuha. Walau 2 rakaat sekali pun. Dan niat dan fokus betul-betul. Kita akan dapat rezeki yang luar biasa insyaAllah. Janji Allah tu pasti.

Sampai sekarang aku rasa ajaib solat Dhuha aku tu. Terima kasih ya Allah. Tak sangka hanya 2 rakaat je Allah tolong kita.

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Ini Bukti Pintu Rezeki Itu Luas Terbuka Disebabkan 2 Rakaat Dhuha"

Post a Comment

loading...
'));