loading...

Bercerai Pada Usia 22 Tahun, Aku Belajar Pengajaran Hidup Paling Berharga



iklan responsive


Assalamualaikum. Aku Ina. Aku dah bercerai talak satu tahun lepas. Waktu tu, aku baru berumur 22 tahun.

Punca aku cerai sebab bekas suami aku curang. Tapi aku tak salahkan dia. Dia stress tengok aku yang pemalas. Tak jalankan tanggungjawab.

Betul, bila dah cerai ni. Aku muhasabah balik. Siapa boleh tahan dengan isteri mcm aku? Bayangkan masa aku anak dara, bangun tidur lambat, masak pula tak reti, kerjanya asyik tengok cerita Korea memanjang. Kemudian main smartphone lagi. Kemas rumah? Jarang-jarang sekali. Kerja melepak juga yang aku suka.

Masa bercinta. Memang seronok. Perkara yang sweet kami buat dulu macam dating, mesej-mesej, sebenarnya itu semua adalah lakonan. Bila dah kahwin, episod sebenar baru bermula, iaitu tanggungjawab.

Masa mula-mula kawin. Bolehlah aku hipokrit contohnya jadi rajin dalam masa 2 ke 3 hari. Tetapi bila dah lama-lama, tabiat lama itu terserlah semula masa kahwin. Mungkin daripada situ suami aku stress. Bak kata orang kampung, lebih baik bela biawak daripada perempuan malas.

Daripada situlah bermula episod baru dia cari perempuan lain. Katanya dia nak cari perempuan yang lebih matang dan lebih bertanggungjawab.

Menyesal
Dulu, aku nak sangat kahwin. Sebab masa bercinta, memang niat nak kahwin sebab nak halalkan hubungan. Betul kata tulisan Adnin Rosli dalam tarbiah sentap. Niat kahwin kalau setakat nak “halalkan” tak cukup. Perkara pertama mesti kerana Allah dan kena tahu kahwin adalah amanah.

Pesan aku buat wanita-wanita di luar sana. Yang pemalas macam aku, berubahlah.

Tabiat malas ini bukan boleh berubah sekelip mata. Didiklah diri daripada sekarang supaya buang sifat malas. Jadilah wanita yang serba boleh. Bukan hidup hanya bermalas- malasan, kemudian bercinta tanpa fikir banyak tentang tanggungjawab dalam hidup di masa hadapan.

Bila fikir balik, lelaki aku ceraikan aku pada tempoh usia mahligai kami baru sahaja masuk setahun. Dia dah tak tahan. Kesian mak ayah aku selama ni bela aku yang pemalas. Maaf mak ayah. Lepas ni aku akan cuba jadi anak yang bertanggungjawab.

Doakan aku kuat. Aku sayang dia. Tapi dia dah ada perempuan lain. Doakan aku jumpa orang yang baik. Aku nak berubah. Tapi aku nak berubah untuk mak ayah dan Allah dulu. Kahwin? Nanti-nantilah. Buat masa sekarang, aku nak kutip ilmu. Supaya bila dah kahwin nanti, aku ada ilmu untuk didik anak-anak supaya mereka tak jadi macam aku.

Buat lelaki luar sana. Kahwinilah perempuan bukan sebab kecantikan luaran sahaja. Cantik tetapi tak pandai buat kerja juga tak ada makna. Sebab itu orang zaman dulu kalau kahwin, dari A-Z dia siasat pasangan tu datangnya daripada mana. Daripada jiran-jiran sebelah ke, kawan saudara mara ke, dan sebagainya. Bukannya main sapu saja nak cari pasangan untuk kahwin.

Perkahwinan adalah satu ibadah. Bukan sekadar untuk melempias gian nafsu sahaja. Kita mahu melahirkan generasi hebat melalui cabang perkahwinan ini. Jika ilmu tiada, tetapi tetap juga kahwin, makin meningkatlah jumlah generasi baru yang bertaraf, macam aku.

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Bercerai Pada Usia 22 Tahun, Aku Belajar Pengajaran Hidup Paling Berharga"

Post a Comment

loading...
'));