loading...

4 Eksperimen Paling Kejam yang Pernah Dilakukan terhadap Manusia



iklan responsive

Antara cita-cita yang paling murni yang diidamkan oleh sebahagian besar pelajar sekolah adalah menjadi saintis yang hebat seterusnya menyumbang kepada kemajuan masyarakat, negara dan dunia.

Peranan saintis dalam kemajuan sains dan teknologi tidak dapat dinafikan lagi oleh sesiapa tetapi pernahkah kita terfikir, saintis yang hebat juga pernah menggunakan kehebatan mereka pada jalan yang salah?

4 eksperimen yang bakal anda baca ini adalah antara eksperimen yang paling kejam pernah direkodkan dalam sejarah manusia.

Eksperimen Kejam Nazi
Apa jua kekejaman yang terakam dalam sejarah moden manusia, Nazi Jerman pasti termasuk dalam senarai. Kekejaman mereka tiada siapa yang dapat menafikan.

Kanak-kanak yang disuntik dengan pewarna untuk memcerahkan warna mata mereka

Di Auschwitz, Dr. Josef Mengele telah menyuntik dye (pewarna) ke dalam mata kanak-kanak untuk melihat perubahan kekal warna mata mereka. Mengele juga pernah membuat cubaan untuk menjadikan pasangan kembar siam dengan mencantun dua orang pesakit melalui jahitan. Bersyukur jugalah eksperimen tersebut gagal. Kalau tidak, kuasa dunia yang besar seperti Amerika pun belum tentu dapat menewaskan tentera ‘Kembar Siam Nazi’.

Unit 731 Tentera Jepun
Jika diturutkan ranking kekejaman dalam perang, Jepun sepatutnya mendapat kedudukan yang kedua selepas Nazi.

Unit 731 Jepun lengkap ber’googles’

Kaedah peperangan berevolusi mengikut zaman dan ketika era perang dunia kedua, penyebaran kuman dijadikan taktik perang yang telah meragut nyawa orang awam yang tidak berdosa. Dianggarkan lebih daripada 500,00 orang awam menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun termasuklah mereka yang dijadikan bahan eksperimen di dalam makmal.

Antara ujikaji ‘terulung’ yang telah dilaksanakan adalah membekukan anggota badan seseorang kemudian dihancurkan sedikit demi sedikit (macam pecahkan ais untuk air sirap pula).






Amerika dan Ujikaji terhadap Warganya
Dalam dunia ini pasti ada pihak jahat dan baik apatah lagi sewaktu berlakunya perang dunia. Jika Nazi dan Jepun adalah penjenayah, Amerika adalah polisnya. Amerika jugalah yang dianggap sebagai penyelamat dunia (penyelamat lah sangat).

Tapi jangan hairan kalau penyelamat semulia Amerika juga melakukan kekejaman seumpama Nazi dan Jepun. Apa yang telah dilakukan? Haaa…

Seorang saintis dengan nama Albert Kligman menjadikan tahanan penjara sebagai bahan ujikaji dioksin, kandungan aktif dalam Agent Orange, bahan yang digunakan sebagai senjata kimia ketika perang Vietnam.

Kanak-kanan Vietnam yang mengalami kecacatan akibat dioksin/Agent Orange

Namun demikian, Kligman terlepas daripada dikenakan hukuman atas kejahatannya dan dia menegaskan bahawa dia tidak pernah melakukan kesalahan.

Menyuntik bahan Bom Nuklear ke dalam Badan Manusia
Bayangkan bahan yang digunakan untuk membuat bom ini disuntik ke dalam badan manusia

Kekejaman yang ini pula berlaku di Amerika juga dalam sekitar tahun 50-an dan 60-an. Memandangkan ketika itu sangat sukar untuk mendapatan suntikan dana daripada kerajaan A.S., mengutarakan idea-idea yang unik seperti mendedahkan manusia kepada bahan beradiasi tinggi (khususnya yang mensasarkan kaum minoriti sebagai mangsa) adalah jalan yang terbaik.

Sebahagian tentera dan pesakit di Chicago telah disuntik dengan Plutonium, bahan utama dalam bom, bagi mengkaji kesannya kepada manusia. Hasilnya, hanya satu daripada empat orang yang berjaya hidup untuk mendengar apa yang pernah dilakukan terhadap mereka.

Cornelius Rhoads yang disanjung ketika hidupnya

Dr. Cornelius Rhoads, seorang pengkaji Kanser menyuntik virus kanser aktif ke dalam badan warga Puerto Rican untuk melihat hasilnya dan sudah semestinya kesemua mereka telah mati.

Catatan Rhodes berkenaan kajiannya:

“The Porto Ricans (sic) are the dirtiest, laziest, most degenerate and thievish race of men ever to inhabit this sphere…I have done my best to further the process of extermination by killing off eight and transplanting cancer into several more.”

Bukam main lagi misi si Rhodes ni untuk melenyapkan bangsa Puerto Rican.

Itulah dia antara kekejaman yang jarang kita dengar telah berlaku suatu ketika dahulu.



ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "4 Eksperimen Paling Kejam yang Pernah Dilakukan terhadap Manusia"

Post a Comment

loading...
'));