loading...

Tubuh Macam Bayi Tapi Usianya Sudah 4 Tahun! Ya Allah Tabahnya Ibu Besarkan Anak Syurga Ini...Kalau tak boleh Tolong dengan Duit, Tolong dengan Doa !!



iklan responsive


Tak semua orang mampu lalui ujian sebesar ini, tambah bila sudah berkeluarga. Banyak duit yang nak guna, tambah nak tampung kos kesakitan anak istimewa ini. Kalau imbas cerita dulu, memang tak sangka keadaan anak ini semakin baik. Cuma tubuh badannya agak berbeza berbanding orang lain. Ikuti cerita penuh ibu kepada anak istimewa ini...

“Abah merayu berkali-kali pada doktor. Pakaikan semula oksigen untuk Hazim terus bernafas. Tapi doktor memaklumkan, jangan menaruh harapan terlalu tinggi kerana keadaannya agak teruk. Kami kata, biar Allah menentukan hidup matinya kerana kami memang tak sanggup lihat Hazim meninggal perlahan-lahan depan mata.

“Alhamdulillah, dari tidak diberi harapan pada usianya empat hari ketika itu, hari ini Hazim sudah menjangkau usia empat tahun setengah,” kongsi Zainab Salim mengenai anak bongsu istimewanya ini dengan beratnya kini hanyalah 3.3 kg.



Dilahirkan dengan hanya 1.00 kg, anak syurga ini disahkan mengidap sindrom Cornelia De Lange yang mana kelahiran sebegini sangat mengecil dengan nisbah 1:10,000 namun sindrom ini banyak berlaku kepada kanak-kanak di negara Barat. Tumbesaran pengidapnya akan mengecil, tidak berkembang, tubuh badan dipenuhi bulu-bulu bahkan ada sesetengahnya mengalami kecacatan fizikal. Ini bukan penyakit genetik dan bukan juga kerana kekurangan hormon.

Dalam sehari, tubuh kecil ini perlu diberi minum susu 10 kali dengan kuantiti 80 aun. Menjaganya juga sangat mudah kerana Hazim langsung tidak banyak ragam. Sesekali apabila dibawa keluar berjalan, wajahnya menjadi tumpuan lensa orang ramai kerana kecomelan wajahnya selain memiliki alis mata lentik dan kening bertaut ini.

Biarpun Hazim mendatangkan bahagia dalam hati ibu kepada 10 orang cahaya mata ini, namun ada harapan tinggi dalam sanubarinya.

“Saya selalu berdoa kepada Allah. Saya mahu mendengar Hazim memanggil saya Mama, mahu melihatnya berlari dan berjalan, nak lihat dia bermain-main dengan kakak-kakaknya tetapi saya tak tahu bila doa itu akan dimakbulkan Allah.

Dengan keperluan susu dan lampin pakai buang serta tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suami, bagi anda yang ingin menghulurkan sedikit sumbangan buat anak syurga ini, bolehlah salurkan ke akaun Hazim terus.
BANTULAH MANA YANG SUDI



ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Tubuh Macam Bayi Tapi Usianya Sudah 4 Tahun! Ya Allah Tabahnya Ibu Besarkan Anak Syurga Ini...Kalau tak boleh Tolong dengan Duit, Tolong dengan Doa !!"

Post a Comment

loading...
'));