loading...

Terlupa baca sami'allahu liman hamidah.. Sah atau tidak solat?? Ramai tidak tahu perkara ini..



iklan responsive


Soalan

Ingin saya bertanyakan soalan2 ini...

1)jika seorang imam itu melafazkan 'allahhuakbar' selepas rukuk,sah atau tidak shalat para jemaah?jika tidak sah,
sila huraikan,dan jika sah,apa yang harus ma'mum menjawab?

2)perlukah imam mengulangi bacaan fatihah-nye jika beliau bersin atau batuk sebelum selesai fatihah-nye?

3)adakah wajib bagi seorang imam menuggu ma'mum menyelasaikan bacaan surah al-Fatihah sebelum
meneruskan rukun2 salat yang lain...

terima kasih..

Jawapan:

1. Para ulama berbeza pandangan tentang hukum التسميع iaitu sami'allahu liman hamidah. Ringkasannya spt di bawah:

- Jumhur, iaitu al-Malikiyyah, al-Syafi'iyyah dan al-Ahnaf: SUNAT.
- al-Hanabilah; WAJIB.

Di sisi mazhab al-Syafie, bacaan sami'allahu liman hamidah (tasmi') temasuk di dalam al-Intiqalaat yang dikira sebagai sunah hai-aat yang tidak perlu diganti dgn sujud al-sahwi.

Di sisi mazhab hambali pula sesiapa yang merubah kedudukan tasmi' kepada takbir ketika bangun daripada ruku' hendaklah dia melakukan sujud sahwi.

*** Tidak boleh sengaja mengubah bacaan tasmi' kpd takbir, kerana Nabi S.A.W. bersabda (mafhumnya): "Solatlah kamu semua sepertimana kamu melihat aku menunaikan solat."

2. Perlu diulang ayat yang terputus kerana bersin. Tidak perlu mengulangi surah dari awal.

3. Tidak wajib imam menunggu habis makmumnya membaca al-fatihah.

wallahu a'lam.
sumber : binsahak.blogspot.my

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Terlupa baca sami'allahu liman hamidah.. Sah atau tidak solat?? Ramai tidak tahu perkara ini.."

Post a Comment

loading...
'));