loading...

Dosa Orang Yang Mendahului Pergerakan Imam Ketika Solat



iklan responsive


Ramai di antara kita yang tidak ambil endah akan hal ini. Berkejar-kejar atau “rushing” dalam solat amatlah tidak wajar bagi seorang hamba yang sedang mengadap Rabbnya. Hal ini telah menjadi “trend” muslim kota yang sibuk dengan hal duniawi, bahkan memberi kesan pada kewajipan ukhrawi.
Berapa ramai diantara kita yang melakukan pergerakan solat sedangkan Imam baru ucap ‘الله‘? Dan ini adalah perbuatan yang salah bagi makmum dalam solat berjemaah. Seharusnya makmum melakukan pergerakan solat setelah mendengar ucapan ‘اكبر‘ dari Imam.
Ancaman yang berat terhadap mereka yang mendahului pergerakan Imam ketika solat seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam sahihnya:
حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مِنْهَالٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زِيَادٍ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَمَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ أَوْ لَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الْإِمَامِ أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ صُورَتَهُ صُورَةَ حِمَارٍ
Telah menceritakan kepada kami Hajjaj bin Minhal berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Muhammad bin Ziyad, “Aku mendengar Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidakkah salah seoranag dari kalian takut, atau apakah salah seorang dari kalian tidak takut, jika ia mengangkat kepalanya sebelum Imam, Allah akan menjadikan kepalanya seperti kepala keldai, atau Allah akan menjadikan rupanya seperti bentuk keldai?”
(Sahih al-Bukhari > Kitab Adzan > Bab: Dosa orang yang mengangkat kepalanya dari sujud sebelum imam)
Semoga kita bermanfaat.
Sumber: Page Jalan-Jalan Cari Ilmu

ikalan saiz 250





JOM DERMA IKHLAS KE :


loading...

0 Response to "Dosa Orang Yang Mendahului Pergerakan Imam Ketika Solat"

Post a Comment

loading...
'));